Jahit dan menerima tempahan baju kurung dan tempahan baju pengantin

- Jika anda mementingkan keselesaan untuk pemakaian baju samada baju kurung ataupun baju pengantin
- Jika anda mementingkan jahitan kemas yang bermutu tinggi
- Jika anda mementingkan design di dalam fesyen terkini pemakaian baju
- Jika anda mahukan khidmat nasihat dan servis jahitan profesional
- Dan jika anda mahu kesemua di atas dengan harga yang sangat berpatutan

Pilihlah minikurung untuk tempahan baju kurung atau tempahan baju pengantin anda yang seterusnya.
Mini Kurung juga menerima tempahan pakaian wanita yang lain seperti baju kurung moden, baju kebaya, pesak gantung, riau pahang, jubah, blouse, busana muslimah, skirt dan lain-lain.
Silalah datang melawat mereka di Mini Kurung Boutique untuk melihat sendiri kekemasan jahitan minikurung yang ditempah oleh pelanggan yang berpuas hati memilih Mini Kurung.

Atau aturkan temujanji untuk tempahan baju anda yang seterusnya di tempat anda sendiri*

*untuk tempahan baju kurung sebanyak 3 pasang dan ke atas dan sekitar Lembah Kelang sahaja

Posted in Jahit Baju Kurung, Tempahan Baju Kurung | Tagged , | 1 Comment

Baju Kurung Moden – Bahagian 1

variasi baju kurung moden

baju kurung moden

Baju Kurung adalah pakaian tradisional wanita Melayu di Malaysia. Walaupun, di dalam zaman moden yang dipenuhi dengan pelbagai fesyen dari barat dan timur, namun baju kurung tetap menjadi suatu kemestian bagi wanita melayu di Malaysia. Baju kurung apabila dikenakan denganĀ  aksesori seperti tudung atau selendang, kasut dan beg yang sesuai, membuatkan si wanita tampak ayu, manis, sopan dan santun seperti seorang wanita melayu tulen.

Walaupun dikenali sebagai pakaian tradisional yang di pakai oleh wanita melayu, namun pemakaiannya tidak terbatas hanya kepada perempuan melayu sahaja. Bangsa lain di Malaysia seperti bangsa Cina, India dan lain-lain juga kelihatan cantik memakai baju kurung.

Baju kurung tidak terhad hanya di pakai majlis-majlis kenduri dan keramaian seperti majlis perkahwinan dan pertunangan, tetapi juga di pakai setiap hari di pejabat, sekolah, institusi tinggi. Malah boleh dikatakan baju kurung boleh dipakai bila-bila sahaja tidak kira majlis formal, semi-formal atau untuk majlis santai.

Selain daripada nampak ayu dan sopan berbaju kurung, baju kurung menjadi pilihan wanita di Malaysia kerana pemakaiannya yang selesa. Dengan cuaca iklim khatulistiwa yang panas dan lembap, baju kurung yang secara asasnya tidak ketat adalah sangat selesa dipakai. Malah untuk wanita yang mempunyai tubuh yang berisi masih mampu kelihatan cantik dan elegan berbaju kurung.

Baju kurung sangat sesuai untuk wanita yang beragama Islam. Ini adalah kerana secara asasnya baju kurung menutup seluruh tubuh wanita (kecuali muka dan tangan), potongan yang sederhana, memenuhi syarat-syarat bagi menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan.

Pada masa ini, baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan dan boleh ditemui dalam pelabagai bentuk. Hal ini selari dengan perkembangan fesyen semasa dan juga pemakaian baju kurung yang biasa dipakai oleh negeri-negeri di dalam Malaysia. Antara variasi baju kurung adalah baju kurung pesak gantung, baju kurung riau pahang, baju kurung kedah, baju kurung moden (mini kurung) dan lain-lain lagi. Walaupun telah banyak evolusi yang berlaku di dalam fesyen baju kurung, gaya yang ditampilkan secara dasarnya adalah sama. [Artikel seterusnya akan membincangkan baju kurung moden, dan juga cara jahit baju kurung, tempahan baju kurung ]

Posted in Baju Kurung Moden | Tagged , | Leave a comment